Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Haji Ahmad Bin Maslan
Kumpulan Nasyid Soffa
Kumpulan Nasyid Brothers
Kumpulan Nasyid Nowseeheart
Wacana Satu Transformasi Untuk Dinikmati
Shah Alam- Himpunan Generasi Baharu Felda yang berlangsung
dari 9hb hingga 11hb November 2012 akan menjadi satu titik mula transformasi
bagi anak-anak muda Felda yang kini dikenali sebagai generasi baharu.
Bertempat di Universiti Teknologi
Mara, Shah Alam, himpunan ini diadakan untuk mengiktiraf generasi kedua Felda
sebagai pemangkin pembangunan kepada institusi tersebut. Felda yang ditubuhkan
oleh Tun Abdul Razak Hussin (Perdana
Menteri Malaysia ke-enam) yang pada mulanya diasaskan untuk menghapuskan
kemiskinan luar bandar melalui penempatan semula, telah berkembang sehingga menjadi
salah satu aset terpenting di dalam pembangunan negara.
Felda telah menjadi satu komuniti
penting di dalam Malaysia bukan sahaja dalam bentuk penghasilan bahan-bahan
mentah seperti kelapa sawit dan getah. Malah, Felda turut memberi sumbangan
besar di dalam menghasilkan modal insan yang memberi manfaat kepada negara.
UiTM Shah Alam dipilih untuk
menjadi tempat berhimpun kerana UiTM dikatakan mempunyai aspirasi yang sama
seperti Felda. Ia juga bertujuan untuk membakar semangat generasi baharu
Felda yang masih bersekolah untuk menanam cita-cita yang tinggi di dalam bidang
akademik.
Pada himpunan kali ini, fokus utama
diberikan kepada anak-anak Felda yang diharap dapat meneruskan legasi
kecermelangan generasi terdahulu. Di dalam majlis wacana “Satu Transformasi
Untuk Dinikmati”, generasi baharu Felda diharap dapat menyalurkan seluruh
tenaga mereka untuk memastikan Felda terus maju dan berdaya saing, seiring
dengan visi dan misi Malaysia.
No comments:
Post a Comment