Friday, November 9, 2012

Durian Runtuh Untuk Generasi Baharu Felda


Majlis Penyerahan Mock Cheque RM 563,175,000.00

Durian Runtuh Generasi Baharu Felda

Shah Alam- Hari kedua Himpunan Generasi Baharu Felda benar-benar menaikkan semangat para peserta yang datang dari 10 wilayah Felda di seluruh Malaysia. Pada mulanya para hadirin menyangkakan ianya hanya satu gurauan apabila wakil generasi kedua Felda, Encik Anwar Abd Manap menyebut perkataan durian runtuh. Namun apabila Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak menyampaikan ucapan beliau, ternyata sangkaan mereka bahawa kata-kata Encik Anwar Abd Manap adalah sekadar gurauan, benar-benar meleset.

Himpunan pada hari ke dua ini menyaksikan pengiktirafan sebenar kepada Generasi Baharu Felda apabila Yang Berbahagia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sendiri telah mengumumkan Durian Runtuh sebanyak RM 563, 175, 000.00 (Lima Ratus Enam Puluh Tiga Juta Satu Ratus Tujuh Puluh Lima Ribu Ringgit) yang akan diagihkan kepada 10 wilayah Felda di seluruh Malaysia.

Pengumuman ini disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari ribuan hadirin yang hadir. Ramai yang menjeritkan terima kasih dan melaungkan slogan "Satu Malaysia"

Wakil Dari 10 Wilayah Felda Menerima Cheque 











No comments:

Post a Comment