Thursday, November 8, 2012

Felda Ingin Pastikan Generasi Baharu Mahir Bahasa Inggeris


KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Felda berazam memperkasakan generasi mudanya daripada segi penguasaan bahasa Inggeris untuk membentuk masa depan yang lebih gemilang bagi mereka dan syarikat perladangan itu, kata pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata sejajar dengan itu, Yayasan Felda English Language Centre (YFELC) memperkenalkan kursus pembelajaran bahasa Inggeris sebagai persediaan bagi mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Katanya pada tahun ini, seramai 484 pelajar mendaftar untuk mengikuti program International English for Speakers of Other Languages (IESOL) anjuran City & Guilds dari London.

"Tidak lama lagi, YFELC akan menjalin kerjasama baharu dengan City and Guilds untuk mengendalikan program yang disusun khusus bagi pelajar berusia sembilan dan 14 tahun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil IESOL kepada pelajar yang selesai mengikuti kursus itu di sini pada Rabu.

City & Guilds merupakan badan pentauliahan latihan terkemuka United Kingdom yang menawarkan lebih 500 kelayakan dalam lebih 28 sektor industri melalui 8,500 pusat di lebih kurang 100 negara.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment