Monday, November 12, 2012

Generasi Baharu Felda Merasai Nikmat Sama Rata



Kemeriahan Himpunan Generasi Belia Baharu FELDA yang berlangsung selama 3 hari di Dataran Padang Kawat UiTM Shah Alam memberikan impak yang besar kepada kelompok peneroka dan generasi baharu Felda. Himpunan yang diadakan khusus untuk golongan generasi kedua FELDA ini menyajikan pelbagai aktiviti yang meliputi segala aspek dari segi kerohanian, kerjaya, kecergasan dan infrastruktur yang disediakan untuk kelompok FELDA.

Program bermula dengan sesi forum yang  dikendalikan oleh En. Mandzri bin Nasib (Exco Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di mana kewajaran skim rumah mampu milik yang disediakan untuk generasi  kedua FELDA ditekankan. Apa yang menarik perhatian, Kumpulan FELDA sebagai salah sebuah  syarikat konglomerat terbesar di Malaysia tidak pernah meminggirkan generasi kedua FELDA.  Difahamkan, sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan oleh FELDA di bawah projek "Sentuhan Kasih FELDA"  bagi generasi baharu ini membina  rumah mampu milik dan menjalankan projek tanaman kontan yang berpulangan tinggi.

Bersebelahan dengan khemah utama turut didirikan khemah pameran yang disertai oleh anak syarikat dan pelbagai agensi yang berkaitan dengan FELDA. Turut dipamerkan replika rumah mampu milik dibawah skim Sentuhan Kasih Felda. Jika 56 tahun dahulu, taraf hidup kelompok peneroka berada di tahap agak bawahan, kini mereka telah dapat menikmati kehidupan yang selesa dan harmoni dengan kemudahan yang moden dan kontemporari berkat kejayaan pentadbiran dan pengurusan FELDA.

Perasmian himpunan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari kedua telah memberikan berita gembira kepada generasi kedua FELDA. Janji kepada generasi kedua yang diucapkan beberapa bulan yang lalu akhirnya terlaksana pada hari kedua himpunan. Durian runtuh sebanyak RM563 juta telah diperuntukkan untuk generasi kedua Felda membuktikan FELDA tidak hanya menjaga kepentingan dan kebajikan generasi peneroka, malahan kesenangan itu turut dapat dinikmati hingga ke generasi kedua. Kesemua pemberian durian runtuh ini diraih daripada Penawaran Permulaan Awam(IPO) FGV di mana ianya adalah penyenaraian kedua terbesar di dunia selepas Facebook.

Malam kedua himpunan terus berlangsung meriah dengan kehangatan malam Hiburan Generasi Baru (HIGEBA) yang menampilkan pelbagai konsep hiburan dari yang berkonsep kerohanian hinggalah ke pop rock. Konsert yang rata-rata menampilkan anak Felda dari serata Wilayah itu menggamit keriuhan dan sambutan yang amat baik dari golongan generasi baharu FELDA yang hadir.

Dalam masa yang sama, himpunan ini juga turut menyelitkan aktiviti kesukanan iaitu pertandingan paintball, bola jaring, futsal dan explorace sebagai pengisian. Tinjauan di tapak lokasi juga mendapati sambutan dari generasi baharu amat menggalakkan dan masing-masing menampilkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Hari ketiga himpunan melabuhkan tirai dengan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa bin Dato Haji Abd Samad. Sambutan dan sokongan padu dari generasi baharu terhadap Pengerusi FELDA ini membuktikan mereka mengiktiraf kepimpinan Tan Sri Mohd Isa dalam memacu FELDA ke peringkat global.

Pada dasarnya, FELDA telah berada di landasan yang betul dalam fokusnya untuk menjadi "Economic Powerhouse" dengan kata singkatnya, merancakkan rancangan FELDA supaya setanding dengan bandar-bandar lain. Dengan pelbagai kemudahan dan transformasi yang telah dan sedang dilakukan oleh FELDA, diakui ianya berjaya melahirkan satu komuniti yang harmoni dan berinovasi malahan generasi baharu FELDA tidak pernah ditinggalkan dalam aspek pembangunan sosial dan ekonomi.

Sunday, November 11, 2012

HIMPUNAN GENERASI BARU HARI PERTAMA









HIMPUNAN GENERASI BAHARU FELDA HARI KEDUA-1






Gambar Himpunan Generasi Baharu Felda hari Ketiga-1








HIMPUNAN GENERASI BAHARU FELDA HARI KEDUA -3




HIMPUNAN GENERASI BAHARU FELDA HARI KEDUA-2





HIMPUNAN GENERASI BAHARU FELDA HARI KETIGA-2





MAG Apprentice: Pemangkin Sukan Permotoran Generasi Baharu Felda

Encik Zamani, Salah seorang dari tenaga pengajar di MAG Apprentice
Pameran MAG Apprentice mempromosikan pendidikan kemahiran Generasi Baharu Felda melalui sukan permotoran (tumpuan kepada Drag Race) dan mempelajari teknologi baru dalam bidang automotif. Proses pembelajaran daripada S.L.D.N (Sistem Latihan Dual Nasional) memberi pendedahan kepada pelajar didalam sitausi tempat kerja yang sebenar dan latihan industri dalam pembelajaran.

MAG Bernaung dibawah Majlis Belia Felda dan menyokong transformasi pendidikan kemahiran negara.

Explorace Generasi Baharu Felda @ UiTM Shah Alam


Pertandingan pencarian harta karun atau explorace yang diadakan di Himpunan Generasi Baharu Felda. 

Generasi Baharu Felda Aktif Bersukan: Bola Jaring

Aksi Perlawanan Bola Jaring Antara Skuad Generasi Baharu Felda Johor Vs  Terengganu

Hebat cukup hebat!!! Perlawanan skuad bola jaring Generasi Baharu Felda (Johor vs Terengganu) sememangnya menyamai kehebatan pemain-pemain professional. Kami berjaya menangkap beberapa aksi kehebatan kedua-kedua pasukan. Perlawanan ini dimenangi oleh Pasukan Johor.

Saturday, November 10, 2012

Aktiviti Sukan Lasak Di Himpunan Generasi Baharu Felda

Stesyen Aktiviti Sukan Lasak
Aktiviti sukan lasak yang disediakan oleh penganjur Himpunan Generasi Baharu Felda mendapat sambutan hangat para peserta. Ramai peserta dikalangan generasi muda Felda tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti lasak seperti ini. Pengalaman yang mereka rasai diharap dapat diceritakan kepada rakan-rakan mereka di kampung halaman. 

Himpunan Generasi Baharu Felda menyediakan alternatif baru bagi memperkenalkan aktiviti-aktiviti sihat kepada belia Felda. 

Kemeriahan Majlis Hiburan Generasi Baharu Felda (H.I.G.E.B.A)

TURUT HADIR MEMERIAHKAN SUASANA PENGERUSI FELDA GLOBAL VENTURES
YANG BERHORMAT  TAN SRI MOHD ISA ABDUL SAMAD 

ENCIK RAZILAH MENDEKLAMASIKAN SAJAK BERTAJUK "SPIRIT OF RACHEL CORRIE" BAGI MENGENANG NASIB ANAK-ANAK PALESTINE

Sentuhan Kasih Felda dan Durian Runtuh



Umum mengetahui bahawa FELDA adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif.

Diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan, FELDA telah membuktikan kejayaan demi kejayaan apabila berjaya mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, malah memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.
Himpunan generasi belia FELDA 10 November adalah detik bersejarah yang paling bermakna bagi warga peneroka apabila Y.A.B Perdana Menteri melancarkan bayaran durian runtuh fasa ketiga yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM563 juta.

Pemberian durian runtuh ini adalah hasil yang diraih daripada Penawaran Awam Permulaan IPO Felda Global Venture(FGV), dimana kesemua pemegang saham FGV dijangka akan menerima dividen daripada 50% keuntungan yang diraih oleh perniagaan FGV dimana telah berjaya mendapat penyenaraian kedua terbesar selepas Facebook.

Program "Sentuhan Kasih Felda" yang diumumkan oleh Najib pagi tadi telah menjadi bukti bahawa kerajaan melalui FELDA terus membela nasib peneroka dimana terdapat tiga komponen penting yang ditekankan iaitu Pembangunan Rumah Berkualiti Tinggi, Projek Pertanian Bersepadu dan Pembangunan Infrastruktur Moden.
Sesuai dengan terma "durian runtuh", para peneroka sekali lagi menerima berita gembira apabila diumumkan bahawa FELDA akan menyasarkan sebanyak 20,000 buah rumah mampu milik bernilai RM70,000  seunit akan dibina bertujuan untuk menyediakan rumah yang selesa serta menaiktaraf hidup generasi baru FELDA. Difahamkan bahawa beberapa unit sudah mula dibina di beberapa wilayah FELDA.

Melalui komponen-komponen lain Program Sentuhan Kasih Felda ini, peneroka bakal menerima perubahan yang besar dari segi jaminan pendapatan tetap  serta pembangunan usahawan melalui aktiviti pertanian dan industri asas tani apabila ladang moden bersepadu dilancarkan malah dapat merealisasikan hasrat FELDA untuk menjadi "Gedung Makanan Negara"

Berdasarkan kejayaan FELDA dalam membela kelangsungan hidup para peneroka telah menepis retorik pihak yang enggan mengakui hakikat kejayaan FELDA walaupun realitinya menunjukan bahawa hasil dari perjuangan selama 56 tahun penubuhannya telah dinikmati sehingga ke generasi yang berikutnya.

Friday, November 9, 2012

VIDEO - Terima Kasih PM

Wajah-Wajah Ceria Himpunan Generasi Baharu Felda

Keluarga Bahagia Dari Salah Satu Wilayah Felda
Warga Felda Bersyukur Kerana Mendapat Pemimpin Berjiwa Peneroka

Durian Runtuh Untuk Generasi Baharu Felda


Majlis Penyerahan Mock Cheque RM 563,175,000.00

GENERASI BAHARU FELDA MENERAJUI TRANSFORMASI

Pentas Utama Himpunan Generasi Felda

WACANA: "Satu Transformasi Untuk Dinikmati"



Wacana: "Satu Transformasi Untuk Dinikmati"

Shah Alam- Himpunan Generasi Baharu Felda bukan sahaja memberi penekanan terhadap usaha kerajaan untuk menaikkan tahap modal insan di kalangan generasi baru Felda. Malah, beberapa skim dan pelan pembangunan telah dirangka untuk memastikan generasi Felda yang seterusnya dapat menikmati hasil usaha yang telah dicetuskan oleh generasi terdahulu.

Perkara ini jelas dibincangkan di dalam sebuah wacana yang bertajuk "Satu Transformasi Untuk Dinikmati" dimana kesinambungan usahasama pihak kerajaan dan Felda perlu diteruskan untuk membela nasib anak-anak Felda. Forum yang dikendalikan oleh En. Manndzri bin Nasib (Exco Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), memberikan penekanan terhadap skim rumah mampu milik yang disediakan untuk generasi kedua Felda.



Tiga panel yang terlibat di dalam forum tersebut adalah, Tuan Hj. Faizoull bin Ahmad (Pengarah Besar FELDA), Datuk Khairil Anuar Aziz (Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF) dan Encik Anuar Manap (Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM). 

Forum tersebut diakhiri dengan konsensus bahawa penglibatan kerajaan dan Felda dalam membantu generasi akan datang perlu diteruskan. Generasi baru Felda juga digesa untuk terus memajukan diri mereka agar dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Cadangan baru yang dipersetujui oleh semua panel seperti mewujudkan skim pinjaman perumahan Felda juga akan diambil dan dibawa untuk perbincangan lebih lanjut. 




Himpunan Generasi Baharu Felda Bermula Meriah


SHAH ALAM- Himpunan Generasi Baharu Felda yang berlangsung di UiTM Shah Alam berjalan dengan suasana meriah malam tadi. Hujan renyai bermula sejak petang, tidak menghalang pihak pengurusan untuk melakukan kerja-kerja persiapan terakhir sebelum mendengar amanat penting dari YAB Perdana Menteri Dato Seri Haji Najib Tun Razak pagi esok.

Disertai lebih kurang 3 ribu generasi baru Felda yang sudah berkampung sejak awal lagi, majlis dimulakan dengan santapan rohani selawat dan lagu-lagu berunsur ketuhanan yang di persembahkan oleh Kumpulan Nasyid terkenal Tanah Air.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengambil peluang memberi sedikit kata-kata semangat kepada Generasi Baru Felda yang hadir untuk mencontohi beberapa tokoh-tokoh terkenal dalam Negara Hasil dari Perjuangan Felda itu sendiri. 

Beliau menegaskan betapa penting anak-anak peneroka menanam minat dan impian untuk berjaya dimasa akan datang dan keluar dari kepompong dan kelompak yang tidak sihat untuk melangkah terus kehadapan bagi mengejar cita-cita dan impian tersebut. Majlis diakhiri dengan Wacana Generasi Baharu Felda dengan tajuk "Satu Transformasi Untuk Dinikmati" dan cabutan bertuah berupa sebuah motorsikal.

Berikut sekitar persiapan dan acara malam tadi

 Persiapan Akhir Pentas
 Persiapan Akhir Pameran
 Kumpulan Nasyid Brothers
 1 Felda 1Malaysia
Cabutan Bertuah